Pergi ke kandungan

Nasabandi bin Jumat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bandi Amuk)
Nasabandi bin Jumat
Nama lahirNasabandi bin Jumat
Juga dikenali
sebagai
Nasha Febians, Bandi Amuk
Kelahiran (1964-09-15) 15 September 1964 (umur 60)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreHeavy Metal, Rock, Rock Balada
PekerjaanPenyanyi Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikVokal
Tahun aktif1983–kini
Anggota bagiKumpulan D'Febians
Amuk (kugiran) Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanFebians, Amuk
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasabandi Jumat (lahir 15 September 1964) ataupun dikenali menerusi dua nama pena iaitu Nasha Febians ataupun Bandi Amuk adalah seorang penyanyi di Malaysia. Pada awal kemunculaan, beliau merupakan vokalis kepada kumpulan Rock Febians yang memenangi pertandingan Juara Rock 1983 dan album pertama ialah Febians (1988), diikuti 1001 Malam (1989), Satu Antara Sejuta (1991) dan Lang Buana (1994). Selepas itu beliau telah mengundurkan diri dan menubuhkan kumpulan yang beraliran muzik metal yang diberi nama Amuk. Album pertama Tanpa Prejudis diterbitkan pada tahun 1998.

Gegar Vaganza 2021

[sunting | sunting sumber]

Bandi terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Akar Dan Bumi Amuk Ke-3
Minggu 2 Masih Aku Terasa Untukmu Sayang Febians Ke-9
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Nak Dara Rindu Tan Sri P. Ramlee Ke-8
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Satu Kesan Abadi Iklim Ke-10
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Purnama Naim Daniel Ke-10
Minggu 6 Langkah Seiringan Separuh Nafas (Duet Bersama Ewal Kristal) Dewa 19 Ke-10
Minggu 7 Kelentang Kelentong I Want to Break Free Queen Ke-10 (Tersingkir)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Aku Kaya The Movie Dirinya sendiri Filem pertama
2023 Syaitan Munafik Tok Bandi

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2022 Bintang GV Dikejar Zombi Astro Citra

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]