Pergi ke kandungan

Bakung labah-labah merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bakung labah labah merah)

Bakung labah-labah merah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Amaryllidaceae
Subkeluarga: Amaryllidoideae
Genus: Lycoris
Spesies:
L. radiata
Nama binomial
Lycoris radiata
(L'Hér.) Herb.
Sinonim[1][2]
  • Amaryllis radiata L'Hér.
  • Lycoris terracianii Dammann
  • Nerine japonica Miq.
  • Nerine radiata (L'Hér.) Sweet
  • Orexis radiata (L'Hér.) Salisb.

Bakung labah-labah merah (Jawi: باکوڠ لابه٢ ميره , nama botani: Lycoris radiata) ialah sejenis pokok bunga dalam keluarga Amaryllidaceae subkeluarga Amaryllidoideae. Bunga ini tumbuh asal di negara China Korea dan Nepal; ia dibawa ke Jepun[1] mungkin semasa dinasti Tang pada tahun 700 M.[3]

Pokok bunga bakung ini tumbuhan saka yang tumbuh dari bebawang. Helai daunnya berurat selari dengan lebar 0.5–1 sentimeter dan berjalur tengah pucat.

Bunga bakung ini berbunga pada akhir musim panas atau awal musim luruh. Bunga-bunga merah ini muncul dalam jambak payung pada tangkai 30–70 sm tinggi. Ranggi setiap kuntum bunga mengerling ke belakang dengan sulur bunga panjang;[4] bunga ini kembang berwarna merah terang sebelum memudar kepada warna merah jambu pekat. Daun-daunnya tumbuh selepas kembangnya bunga-bunga ini dan kekal sepanjang musim sejuk dan menghilang pada awal musim panas.[5][6]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, bunga ini menandakan sampainya musim luruh; ramai orang beragama Buddha melawat kubur nenek moyang mereka pada waktu ini dan menanam bunga ini di kubur-kubur tersebut sebagai penghormatan dan penghargaan kepada si mati. Oleh sebab bunga ini selalu dikaitkan dengan kematian, rakyat di negara Jepun tidak menjadikannya sebagai hadiah kepada orang ramai.[6]

  1. ^ a b "Lycoris radiata (L'Hér.) Herb., Bot. Mag. 47: t. 2113, p. 5 (1819)". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  2. ^ "Lycoris radiata (L'Hér.) Herb". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  3. ^ Klingaman, G. (2000, Ogos). Plant of the week. Spiderlily, Red. Didapat kembali 5, 2022, dari https://www.uaex.uada.edu/yard-garden/resource-library/plant-week/red-spiderlily.aspx
  4. ^ Mathew, Brian (1978), The Larger Bulbs, London: B.T. Batsford (dengan kerjasama Royal Horticultural Society), ISBN 978-0-7134-1246-8
  5. ^ Evans, Erv & De Hertough, A.A., Lycoris radiata; Spider lily, Naked lily, Red spider lily, NC State University, diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011, dicapai pada 13 September 2011
  6. ^ a b Klingaman, Gerald (2000), Plant of the Week : Red Spiderlily, University of Arkansas Division of Agriculture, Cooperative Extension Services, diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012, dicapai pada 13 September 2011