Nynorsk
Bahasa Norway Nynorsk | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
nynorsk | |||||||
Sebutan | [ˈnyːnɔʂk] atau [ˈnyːnɔʁsk] | ||||||
Asli kepada | Norway | ||||||
Penutur bahasa | tiada (bertulis sahaja) | ||||||
Indo-Europah
| |||||||
Bentuk awal | |||||||
Bentuk piawai | Nynorsk (rasmi)
Høgnorsk (tidak rasmi)
| ||||||
Rumi (abjad Norway) | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Norway Majlis Nordik | ||||||
Dikawal selia oleh | Majlis Bahasa Norway | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | nn | ||||||
ISO 639-2 | nno | ||||||
ISO 639-3 | nno | ||||||
Glottolog | Tiada | ||||||
Linguasphere | 52-AAA-ba to -be | ||||||
|
Nynorsk, secara harfiahnya Bahasa Norway Baru atau Bahasa Norse Baru, ialah salah satu daripada dua jenis piawaian bahasa bertulis bagi Bahasa Norway, selain Bokmål. Dari tahun 1885, apabila parlimen mengisytiharkan mereka adalah rasmi dan saksama, sehingga pengundian baru pada 1929, nama mereka adalah Landsmål dan Riksmål. Piawaian bahasa Landsmål telah dihasilkan oleh ahli bahasa Norway Ivar Aasen ketika pertengahan abad ke-19, untuk menyediakan alternatif berasaskan bahasa Norway berbanding bahasa Denmark, yang biasanya ditulis dan sediki-sebanyak dituturkan di Norway pada waktu itu. Piawaian rasmi Nynorsk sejak itu telah diubah dengan ketara. Satu pecahan kecil yang mempertahankan penggunaan Nynorsk yang lama berasaskan norma Aasen turut wujud dan dikenali sebagai Høgnorsk (Bahasa Norway Tinggi).
Dalam masyarakat tempatan, satu perempat perbandaran di Norway mengisytiharkan Nynorsk sebagai bentuk bahasa rasmi mereka dan perbandaran ini mewakili 12% populasi Norway. Perbandaran-perbandaran yang lain sesetengahnya mengambil pendekatan neutral dan sesetengahnya juga mengguna pakai Bokmål sebagai bentuk yang rasmi. Empat daripada 19 kaunti Norway iaitu Rogaland, Hordaland, Sogn og Fjordane dan Møre og Romsdal memilih Nynorsk sebagai bentuk bahasa rasmi. Keempat-empat kaunti itu merangkumi kawasan Norway Barat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipedia Nynorsk, ensiklopedia bebas |
- Noregs Mållag Noregs Mållag - organisasi utama yang mempromosikan Nynorsk
- Norsk Målungdom Diarkibkan 2005-04-01 di Wayback Machine Norsk Målungdom - pertubuhan belia bagi Noregs Mållag
- Ivar Aasen-tunet Pusat Ivar Aasen - pusat kebangsaan untuk mendokumenkan dan mengalami budaya penulisan Nynorsk dan satu-satunya muzium dalam negara yang ditujukan untuk kehidupan dan karya Ivar Aasen
- Norsk programvareblogg - Koleksi atur cara dalam Nynorsk