Pergi ke kandungan

Sisa domestik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahan buangan)

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada kegiatan seharian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.

contoh-contoh sisa domestik

[sunting | sunting sumber]

Bahan organik:

[sunting | sunting sumber]
  1. kertas
  2. sisa makanan
  3. sisa kebun
  4. kadbod

Bahan Bukan Organik

[sunting | sunting sumber]
  1. tin
  2. plastik
  3. besi buruk
  4. kaca

Sisa-sisa Domestik di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari kawasan perumahan. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Contohnya:-

Sisa Pepejal

[sunting | sunting sumber]
  1. Plastik
  2. Sisa makanan
  3. Kertas
  4. Logam
  5. Perabot
  6. Lampin pakai buang

Sisa Cecair

[sunting | sunting sumber]
  1. Minyak masak
  2. Kumbahan
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Buku Teks Geografi Tingkatan 1

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]