Awan kumulus
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bd/Cumulus_clouds14_-_NOAA.jpg/250px-Cumulus_clouds14_-_NOAA.jpg)
Awan kumulus ialah tompokan awan dengan dasarnya rata dan struktur atas yang berbonggol-bonggol. Kumulus bermaksud "timbunan" atau "gumpalan" dalam bahasa Latin. Rupa awan kumulus sering diterangkan sebagai "gebu" atau berbentuk seperti kapas. Ia boleh dijumpai bersendirian, dalam satu baris atau dalam gugusan. Faktor-faktor seperti ketidakstabilan, lembapan dan cerun suhu sering menjadikan awan jenis ini sebagai pelopor jenis lain, contohnya awan kumulonimbus.
Awan kumulus sebahagian daripada kategori besar awan bentuk kumulus , termasuklah kumulus, kumulus kongestus dan awan kumulonimbus.
Ia terjadi akibat proses perolakan. Awan ini terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: awan strato kumulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk, awan kumulus dan awan kumulonimbus iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu.
![Panorama awan kumulus di Swifts Creek, Victoria](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a3/Cumulus_clouds_panorama.jpg/700px-Cumulus_clouds_panorama.jpg)