Pergi ke kandungan

Awan Antara Najam Tempatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Awan Antara Bintang Tempatan)

Awan Antara Najam Tempatan (Jawi: اون انتارا نجم تمڤتن) ialah sebuah awan antara najam (kira-kira 30 tahun cahaya lebar) di mana Sistem Suria sedang bergerak melaluinya sekarang . Sistem Suria memasuki Awan Antara Najam Tempatan di antara 44,000 dan 150,000 tahun dahulu dan dijangka akan terus kekal di dalamnya untuk 10 ke 20,000 tahun lagi. Awan ini mempunyai suhu 6000° C, suhu sama dengan permukaan Matahari. Ia amat tipis, dengan 0.26 atom per sentimeter padu; satu perlima ketumpatan medium antara najam dan dua kali ganda gas dalam Gelembung Tempatan. Sebagai perbandingan, atmosfera Bumi di STP mempunyai 2.7 × 1019 molekul per sentimeter padu.

Awan ini sedang bergerak keluar dari Scorpius-Centaurus Association, sebuah sekutuan najam yang merupakan kawasan pembentukan bintang.[1]

Awan ini terbentuk di mana Gelembung Tempatan dan Gelembung Loop I bertemu. Matahari, dengan beberapa bintang tempatan lain, termasuk di dalam Awan Tempatan. Bintang ketara yang terdekat termasuklah Alpha Centauri, Vega, Arcturus dan Fomalhaut.

Kesan Awan Antara Najam Tempatan ke atas Bumi dibatalkan oleh angin suria dan medan magnet Matahari.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  • Mark Anderson, "Don't stop till you get to the Fluff", New Scientist no. 2585, 6 January 2007, pp. 26-30
  1. ^ Science Nasa: Astronomy Picture of the Day
  2. ^ "Science Nasa: "Near-Earth Supernovas"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-13. Dicapai pada 2008-09-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]