Pergi ke kandungan

Autoritarianisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Autoritarian)
Lee Kuan Yew mantan presiden Singapura yang memerintah secara autoritarian
Kerajaan autoritarianisme mungkin mengambil tindakan ekstrem untuk menghalang kemaraan pembangkang. Senator Benigno Aquino, Jr. pembangkang regim Marcos di Filipina ditembak mati sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Manila

Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campur tangan pihak berkuasa (authority dalam bahasa Inggeris) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya, kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaan diktator di mana pemimpinnya mempunyai kuasa eksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti polis dan penguasa tempatan. Namun demikian, sistem ini boleh juga wujud dalam sebuah negara demokrasi.

Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan kurang memberi keutamaan kepada hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, diktator, despot, dan totalitarianisme.

Beberapa andaian dalam sistem autoritarianisme

[sunting | sunting sumber]

Autoritarianisme adalah dikaitkan dengan positivis yang berlogik dan falsafah utilitarian (kebaikan awam). Pandangan tersebut meletakkan beberapa nilai ditempat tertinggi seperti pengstrukturan sosial yang rasional (rational social engineering), undang-undang dan kestabilan, dan keberkesanan sumber. Masyarakat antara lain dianggap tidak berpelajaran, tidak boleh diharap, kacau-bilau, dan/atau tidak bemoral. Untuk kebaikan mereka, kerajaan mesti mengenakan kawalan ketat kepada rakyat yang tidak stabil ini. Sistem ini biasanya digunakan di negara-negara Asia yang pernah dijajah oleh kuasa Barat. Apabila negara itu mencapai kemerdekaan, rakyatnya yang selama ini ditindas memerlukan sebuah kerajaan atau pemimpin yang berkuasa untuk memandu mereka ke arah kejayaan. Mantan Presiden Singapura Lee Kuan Yew sering dianggap sebagai seorang yang autoritarian tetapi usahanya yang gigih telah membawa kepada kemajuan Singapura. Sistem ini juga telah digunakan di Korea Selatan, Taiwan, Filipina dan Indonesia.

Di samping itu, andaian dari perspektif autoritarian ialah terdapatnya segolongan manusia yang lebih baik (superior) dari segi kebijaksanaan dan moral. Dalam ideologi-ideologi yang lain, kelebihan mereka datang dari pelbagai sumber, seperti hak unggul raja-raja, ketententeraan, kuasa mistik, apa yang dipanggil oleh Machiavelli sebagai virtú atau hikmah, kuasa intelek, kebolehan teknikal, kebijaksanaan politik, "demagogery", dan/atau popular secara umum. Manusia tersebut diterima sebagai orang yang paling sesuai untuk membuat keputusan untuk rakyat, dengan kawalan dan imbangan yang minimum.

Perbezaan dengan sistem Totalitarian

[sunting | sunting sumber]

Secara luaran, autoritarianisme dan totalitarianisme kelihatan hampir sama. Kerajaan kedua-dua sistem ini biasanya berkuasa untuk menyekat hak asasi manusia dan menindas rakyatnya secara kejam. Namun, menurut beberapa penganalisa politik seperti Jeane Kirkpatrick, terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua fahaman ini. Misalnya dalam kerajaan autoritarian pemerintahnya akan menumpukan perhatian kepada pembangkang politik. Suatu masa dahulu, Singapura hanya mempunyai satu parti yang berkuasa iaitu PAP dan parti pembangkang tidak diberi ruang untuk bergerak. Di setengah negara pula, tindakan ekstrem akan diambil terhadap pihak pembangkang. Contohnya, pada 21 Ogos 1983, sewaktu pemerintahan Ferdinand Marcos, pembangkangnya yang utama Senator Benigno Aquino, Jr. telah mati dibunuh. Walaupun begitu, kerajaan ini tidak berkuasa untuk mengawal kesemua aspek kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, kerajaan Marcos telah dijatuhkan oleh balu Senator Aquino iaitu Corazon Aquino.

Manakala dalam sistem totalitarian, kerajaannya mempunyai penguasaan total terhadap rakyatnya. Setiap aspek kehidupan berada di bawah telunjuk parti pemerintah, termasuklah pekerjaan, gaji, dan hak beragama. Malah, survival setiap rakyatnya adalah dikaitkan dengan survival regim yang memerintah.

Autoritarianisme dalam Sistem Kerajaan lain

[sunting | sunting sumber]

Autoritarianisme mungkin wujud dalam beberapa regim yang lain[1]:

  • Monarki mutlak lazimnya bersifat autoritarian.
  • Kerajaan diktator selalunya autoritarian.
  • Kerajaan demokrasi jarang mempamerkan sifat ini melainkan negara yang dalam transisi dari atau ke arah negara autoritarian.
  • Negara yang diperintah despot selalunya autoritarian.
  • Militarki, atau negara diperintah tentera, hampir selalunya autoritarian.
  • Teokrasi selalunya autoritarian.

Senarai Negara-negara Autoritarian

[sunting | sunting sumber]

Negara-negara tersebut boleh dianggap autoritarian kerana sama ada ditadbir oleh kerajaan satu parti atau tidak membenarkan wujudnya parti pembangkang yang popular dan berkesan[2]:

Muammar al-Gaddafi telah memerintah Libya selama 40 tahun

Afrika


Asia

Eropah

Selain itu, tiga negara komunis yang masih boleh dianggap sebagai autoritarian adalah China , Cuba dan Korea Utara

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Authoritarianism". About,Inc.
  2. ^ "List of countries by system of government". Fact-Archive.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 2010-06-11.