Aspirasi Hati
Aspirasi Hati | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 2012 | |||
Dirakamkan pada | 2010 - 2012 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop, Hip Hop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | FMC | |||
Penerbit | Ramlah Ram | |||
Kronologi Ramlah Ram | ||||
| ||||
Single daripada Aspirasi Hati | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Aspirasi Hati adalah album studio ke-12 daripada penyanyi Ramlah Ram merupakan sebuah album evolusi muzik Ramlah mengikut peredaran zaman. Kebolehan vokal Ramlah Ram yang versatile diadun dengan rentak muzik terkini berjaya menarik perhatian ramai termasuk golongan muda. Kelab peminat beliau, Ramlah Ram Group (RRG) merupakan pihak terlibat seratus peratus dalam penerbitan album ini.
Trivia menarik
[sunting | sunting sumber]Buat pertama kalinya, Ramlah tampil dengan album terbitan kelab peminatnya sendiri iaitu Ramlah Ram Group (RRG). Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat artis. Selain berkolaborasi dengan rapper muda, ke semua lagu-lagu dalam album ini terdiri dari ciptaan para peminat Ramlah Ram sendiri manakala susunan muzik lagu-lagu untuk album ini adalah Ady Sixsense, Amar Habir (Dramaband) dan Bajai.
Terdapat beberapa single yang telah diperkenalkan di radio terlebih dahulu, seperti 'Cinta Gila' (2010), 'Sesaat Kau Datang'(2011) (berkolaborasi bersama Sleeq), 'Benar Mencintai' (kolaborasi bersama Faris Awanband) dan 'Seandainya' (2012). Lagu '5:00 Minit' (kolaborasi bersama Caprice) dan 'Takdir Cinta' dibuat dalam 2 versi termasuk iaitu solo dan duet. Ramlah Ram juga mengundang protégénya di program Mentor 6, Ana Syuhada untuk bergandingan dalam lagu Takdir Cinta versi duet.
Menerusi lagu 'Sesaat Kau Datang', kumpulan Sleeq yang berasal dari Singapura mula menempa nama di arena muzik Malaysia sehingga mereka diberi peluang berduet bersama pendatang baru Najwa Latiff dengan lagu 'Untuk Dia'. Malah muzik video 'Sesaat Kau Datang' menjadi video muzik Ramlah Ram yang paling ramai ditonton dengan jumlah keseluruhan melebihi 5 juta tontonan. Satu angka yang cukup membanggakan bagi artis senior seperti Ramlah Ram.
Kelahiran album ini menjadikan Ramlah Ram sebagai antara artis Malaysia yang berjaya melahirkan album dalam 4 dekad berbeza iaitu 1980an, 1990an, 2000an dan 2010an.
Senarai Runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Aspirasi (prelude)" | ||||
2. | "5:00 Minit (featuring Caprice)" | ||||
3. | "Takdir Cinta (featuring Ana Syuhada)" | ||||
4. | "Sesaat Kau Datang (featuring SleeQ) (Malay Rap)" | ||||
5. | "Sejadah Cinta" | ||||
6. | "Benar Mencintai (featuring Faris AwanBand)" | ||||
7. | "Cinta Gila" | ||||
8. | "Seandainya" | ||||
9. | "Sesaat Kau Datang (featuring SleeQ) (English Rap)" | ||||
10. | "5:00 Minit" | ||||
11. | "Takdir Cinta" | ||||
12. | "Hati (interlude)" | ||||