Apsis
Apsis ialah titik jarak terpanjang atau terpendek orbit bereliptikal sesuatu objek dari tumpuan tarikannya, iaitu lazimnya pusat jisim sistem.
Titik hampiran terdekat (titik di mana dua jasad adalah paling rapat dengan satu sama lain) dipanggil periapsis atau peripusat, dari perkataan Yunani περὶ , peri yang bererti "keliling". Titik perjalanan terjauh pula dipanggil apoapsis (ἀπό , apó, "dari", yang menjadi ἀπ- , ap- atau ἀφ- , aph- masing-masing sebelum vokal tak berhembusan atau berhembusan), apopusat atau apapsis. Sebatang garis lurus yang dilakar melalui periapsis dan apoapsis dipanggil garis apsis. Inilah paksi major elips, iaitu garis yang melalui bahagian terpanjang dalam elips.
Istilah terbitan juga digunakan untuk mengenal pasti jasad yang diorbitkan, terutamanya perigi dan apogi, iaitu orbit-orbit di keliling Bumi (Yunani γῆ , gê, "bumi"); dan perihelion dan aphelion, iaitu orbit-orbit di keliling Matahari (Yunani ἥλιος , hēlios, "matahari"). Ketika program Apollo diusahakan, istilah-istilah perisintion dan aposintion digunakan untuk memaksudkan bulan.[1]
Formula
[sunting | sunting sumber]Formula-formula berikut mencirikan periapsis dan apoapsis sesebuah orbit:
- Periapsis: kelajuan maksimum pada jarak minimum (periapsis)
- Apoapsis: kelajuan minimum pada jarak maksimum (apoapsis)
manakala, selaras dengan hukum pergerakan planet Kepler (pengabadian momentum sudut) dan pengabadian tenaga, kuantiti-kuantiti berikut adalah malar untuk sesebuah orbit:
yang mana:
- ialah paksi separuh major
- ialah parameter graviti standard
- ialah keeksentrikan, bertakrif
Diingatkan bahawa bagi penukaran dari ketinggian di atas permukaan kepada jarak antara sesebuah orbit dan primernya, jejari jasad pusatnya harus ditambah, begitu juga sebaliknya.
Min aritmetik bagi dua jarak pengehad ialah kepanjangan paksi separuh major . Min geometrik bagi dua jarak tersebut ialah kepanjangan paksi separuh minor .
Min-min geometrik bagi dua kelajuan pengehad ialah , iaitu kelajuan yang sepadan dengan tenaga kinetik yang ditambah pada tenaga kinetik yang sedia ada di mana-mana kedudukan orbit, akan membolehkan jasad pengorbit untuk berlepas (punca kuasa dua hasil kedua-dua kelajuan tersebut ialah halaju lepas setempat).
Keistilahan
[sunting | sunting sumber]Jasad | Hampiran terapat | Hampiran terjauh |
---|---|---|
Am | Periapsis/Peripusat | Apoapsis |
Galaksi | Perigalaktikon | Apogalaktikon |
Bintang | Periastron | Apastron |
Lubang hitam | Perimelasma/Peribotra/Perinigrikon | Apomelasma/Apobotra/Aponigrikon |
Matahari | Perihelion | Afelion |
Utarid | Perihermion | Apohermion |
Zuhrah | Periciterion/Periciterean/Perikrition | Apociterion/Apociterean/Apokrition |
Bumi | Perigi | Apogi |
Bulan | Periselen/Perisintion/Perilun | Aposelen/Aposintion/Apolun |
Marikh | Periareion | Apoareion |
Musytari | Perizen/Perijov | Apozen/Apojov |
Zuhal | Perikron/Perisaturnium | Apokron/Aposaturnium |
Uranus | Periuranion | Apouranion |
Neptun | Periposeidion | Apoposeidion |
Pluto | Perihadion | Apohadion |
Perihelion and aphelion Bumi
[sunting | sunting sumber]Bagi orbit Bumi yang mengelilingi Matahari, waktu apsis paling wajar dinyatakan dari segi waktu relatif dengan musim, kerana inilah yang menentukan sumbangan orbit berelips kepada paksaan bermusim, iaitu perubahan tahunan dalam penyuriaan di atas atmosfera. Paksaan ini dikawal terutamanya oleh kitaran tahunan keserongan matahari, iaitu kesan kecondongan paksi putaran Bumi yang relatif dengan satah orbit. Kini, perihelion berlaku kira-kira 14 hari selepas solstis musim sejuk hemisfera utara. Waktu perihelion mara dari musim ke musim, sehingga melengkapkan satu kitaran lengkap dalam masa 22,000 hingga 26,000 tahun, sebagai sumbangan kepada kitaran Milankovitch, iaitu paksaan zaman ais yang dipanggil liukan.
Selain hari, kita juga boleh menyatakan penentuan waktu perihelion relatif dengan ekuinoks vernal sebagai sudut sesaran orbit, iaitu longitud periapsis. Bagi orbit Bumi, inilah longitud perihelion yang mencapai 282.895 darjah pada tahun 2000[2].
Hari dan jam[A] (UTC) perihelion dan afelion untuk tahun-tahun terpilih:[3]
Tahun | Perihelion | Afelion | ||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Jam | Tarikh | Jam | |
2007 | 3 Januari | 20:00 | 7 Julai | 00:00 |
2008 | 3 Januari | 00:00 | 4 Julai | 08:00 |
2009 | 4 Januari | 15:00 | 4 Julai | 02:00 |
2010 | 3 Januari | 00:00 | 6 Julai | 11:00 |
2011 | 3 Januari | 19:00 | 4 Julai | 15:00 |
2012 | 5 Januari | 00:00 | 5 Julai | 03:00 |
2013 | 2 Januari | 05:00 | 5 Julai | 15:00 |
2014 | 4 Januari | 12:00 | 4 Julai | 00:00 |
2015 | 4 Januari | 07:00 | 6 Julai | 19:00 |
2016 | 2 Januari | 23:00 | 4 Julai | 16:00 |
2017 | 4 Januari | 14:00 | 3 Julai | 20:00 |
2018 | 3 Januari | 06:00 | 6 Julai | 17:00 |
2019 | 3 Januari | 05:00 | 4 Julai | 22:00 |
2020 | 5 Januari | 08:00 | 4 Julai | 12:00 |
Catatan dan rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Data sumber hanya menentukan jamnya; nilai minit dalam jadual sekadar pemegang tempat.
- ^ "Apollo 15 Mission Report". Glossary. Dicapai pada October 16 2009. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2010-01-03.
- ^ Earth's Seasons Equinoxes, Solstices, Perihelion, and Aphelion - 2000-2020 —Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat, Jabatan Aplikasi Astronomi; 2003-10-30 (dicapai pada 2007-05-06).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari apsis dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Apogee - Perigee Photographic Size Comparison
- Aphelion - Perihelion Photographic Size Comparison
- Aphelion - Perihelion Dates and Times