Pergi ke kandungan

Cabak karat (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Antrostomus rufus)

Cabak karat
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Antrostomus
Spesies:
A. rufus
Nama binomial
Antrostomus rufus
(Boddaert, 1783)
Sinonim

Caprimulgus rufus

Cabak karat (Antrostomus rufus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Argentina, Bolivia, Brazil, Kolombia, Kosta Rika, Ekuador, Guyana, Panama, Paraguay, Peru, Saint Lucia, Suriname, Trinidad dan Tobago, dan Venezuela.[2][3]

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Ia telah diperihalkan oleh polymat Perancis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon pada tahun 1780 dalam Histoire Naturelle des Oiseaux.[4] Ia juga digambarkan dalam plat warnaan tangan yang diukir oleh François-Nicolas Martinet dalam Planches Enluminées D'Histoire Naturelle yang dihasilkan di bawah pengawasan Edme-Louis Daubenton untuk mengiringi teks Buffon.[5] Kapsyen plat mahupun pemerihalan Buffon tidak memasukkan nama saintifik tetapi pada tahun 1783 semulajadiman Belanda Pieter Boddaert mencipta nama binomial Caprimulgas rufus dalam katalognya, Planches Enluminées.[6] Ia kini disusunkan dalam genus Antrostomus yang didirikan oleh semulajadiman Perancis Charles Bonaparte pada tahun 1838.[7][8] Nama genusnya menggabungkan antron dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "gua" dan stoma yang bermaksud "mulut". Epitet spesiesnya ialah bahasa Rumi untuk "merah".[9]

Empat atau lima subspesies secara amnya diiktiraf. A. r. saltarius diiktiraf oleh taksonomi Clements dan Handbook of the Birds of the World (HBW) oleh BirdLife International. Jawatankuasa Ornitologi Antarabangsa (IOC) tidak mengiktiraf subspesies tersebut tetapi memasukkannya dalam A. r. rutilus. Subspesies keenam, A. r. maximus, diiktiraf oleh sesetengah pengarang tetapi tidak oleh Clements, HBW, atau IOC; mereka memasukkannya dalam A. r. minimus. Ia hanya diketahui dari galajenis.[10][11][2][12]

Subspesies yang diiktiraf ialah:

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Panjangnya ialah 25 hingga 30 cm (9.8 hingga 12 in). Berat jantan 88 hingga 98 g (3.1 hingga 3.5 oz) dan betina 89 hingga 98 g (3.1 hingga 3.5 oz) . Ia hampir keseluruhannya perang kemerahan, berelang kuning pucat di sisi dan tengkuk, dan jalur putih di bawah tekak. Bahagian atasnya berjalur perang gelap, sayap bertompok dan bersorot perang gelap, dan bahagian bawahnya berbintik perang gelap dan putih. Sayapnya tiada putih, tidak seperti sayap lain dari keluarganya. Tiga pasang bulu luar ekor jantan bertompok putih besar di hujungnya; bulu betina pula berhujung kuning pucat pudar. Subspesiesnya agak berbeza-beza dalam keamatan pelbagai warna dan saiz dan tahap tompok dan bintik. A. r. saltarius, bagaimanapun, ialah jauh lebih kelabu daripada yang lain.[12]

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai taburan yang sangat berputus-putus. Taburan subspesiesnya adalah seperti berikut:[2][12]

  • A. r. minimus: selatan Kosta Rika, Panama, dan timur di sepanjang pantai Karibia di Kolombia dan Venezuela ke Trinidad
  • A. r. rufus: terputus-putus di timur Venezuela, Guyana dan Suriname, dan tengah Brazil
  • A. r. otiosus: St. Lucia (Antillen Kecil)
  • A. r. rutilus: tenggara Bolivia dan tengah Brazil selatan ke Paraguay dan timur laut Argentina
  • A. r. saltarius: Bolivia selatan dan barat laut Argentina

Jawatankuasa Klasifikasi Amerika Selatan Persatuan Ornitologi Amerika (AOS) juga meletakkan spesiesnya di Ekuador dan Peru tetapi tidak mencatatkan subspesies mana yang ada di sana.[13][14]

Subspesies endemik St. Lucia (A. r. otiosus) mendiami semak kering. Subspesies lain mendiami pelbagai landskap dari semak belukar ke hutan primer dan sekunder. Kelembapan landskap berbeza-beza, dari Gran Chaco yang kering ke lembah Amazon yang lembap.[12]

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Ia paling giat pada waktu subuh dan senja. Ia bertengger pada siang hari, samada di tenggeran rendah atau di tanah di bawah tumbuh-tumbuhan tebal.[12]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ia meramu dengan menangkap mangsa dari tenggeran rendah seperti dahan atau tiang pagar. Makanannya ialah serangga walaupun butirannya tidak diketahui.[12]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ia menelurkan satu atau dua biji telur sesangkak terus ke tanah kosong tanpa sarang. Ia biasanya tersembunyi dalam tumbuh-tumbuhan rendah. Betina mengeram pada siang hari.[12]

Vokalisasi

[sunting | sunting sumber]

Seruannya telah ditafsirkan oleh beberapa pengarang; dua contoh ialah "cup, wi-wi-RIoh atau cak wip-his-WIDdo yang kuat dan terputus-putus, diulang dengan agak pantas" dan "cak, wik-wik-WIIoo yang bertenaga dan berirama." Seruannya biasanya dibunyikan dari tenggeran di mana-mana aras sehingga 20 m (66 ka) atas tanah.[12]

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat dan populasi yang besar, walaupun populasinya dipercayai semakin berkurang. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1]

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Rufous Nightjar Antrostomus rufus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 13 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de (1780). "L'engoulevent roux de Cayenne". Histoire Naturelle des Oiseaux (dalam bahasa Perancis). 12. Paris: De L'Imprimerie Royale. m/s. 268–270.
  5. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de; Martinet, François-Nicolas; Daubenton, Edme-Louis; Daubenton, Louis-Jean-Marie (1765–1783). "Crapaud-volant ou tette-chevre, de Cayenne". Planches Enluminées D'Histoire Naturelle. 8. Paris: De L'Imprimerie Royale. Plate 735.
  6. ^ Boddaert, Pieter (1783). Table des planches enluminéez d'histoire naturelle de M. D'Aubenton : avec les denominations de M.M. de Buffon, Brisson, Edwards, Linnaeus et Latham, precedé d'une notice des principaux ouvrages zoologiques enluminés (dalam bahasa Perancis). Utrecht. m/s. 46, Number 735.
  7. ^ Bonaparte, Charles Lucian (1838). A Geographical and Comparative List of the Birds of Europe and North America. London: John Van Voorst. m/s. 8.
  8. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". World Bird List Version 9.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 21 July 2019.
  9. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 50, 343. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  10. ^ Clements, J. F., T. S. Schulenberg, M. J. Iliff, S. M. Billerman, T. A. Fredericks, J. A. Gerbracht, D. Lepage, B. L. Sullivan, and C. L. Wood. 2021.
  11. ^ HBW and BirdLife International (2020) Handbook of the Birds of the World and BirdLife International digital checklist of the birds of the world Version 5.
  12. ^ a b c d e f g h Rumelt, R. (2020).
  13. ^ Freile, Juan F.; Olmstead, S.; Athanas, N.; Brinkhuizen, D.M.; Navarrete, L.; Nilsson, J.; Sánchez-Nivicela, M.; Solano-Ugalde, A.; Greenfield, P.J. (December 23, 2020). "Species lists of birds for South American countries and territories: Ecuador". South American Classification Committee of the American Ornithological Society. Dicapai pada October 13, 2021.
  14. ^ Plenge, Manuel A.; Schulenberg, Thomas S.; Valqui, Thomas (August 3, 2020). "Species lists of birds for South American countries and territories: Peru". South American Classification Committee of the American Ornithological Society. Dicapai pada October 13, 2021.