Cabak leher kuning (burung)
Cabak leher kuning | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Antrostomus |
Spesies: | A. ridgwayi
|
Nama binomial | |
Antrostomus ridgwayi (Nelson, 1897)
| |
Sinonim | |
Caprimulgus ridgwayi |
Cabak leher kuning (Antrostomus ridgwayi) atau cabak Ridgway ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Guatemala, Honduras, Meksiko, Nikaragua, dan negeri Arizona dan New Meksiko di A.S.[2][3]
Taksonomi dan sistematik
[sunting | sunting sumber]Ia mempunyai dua subspesies, Antrostomus ridgwayi ridgwayi dan A. r. troglodytes.[2] Ia pernah disusunkan ke dalam genus Caprimulgus tetapi kemudiannya dipulihkan kepada genus asalnya.[3]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Panjangnya ialah 22 hingga 23 cm (8.7 hingga 9.1 in). Berat A. r. ridgwayi ialah 39.8 hingga 61.0 g (1.4 hingga 2.2 oz); berat seekor jantan A. r. troglodytes ialah 51.0 g (1.8 oz). Kepala, bahagian atas, dan ekornya kelabu keperangan dengan tanda kelabu, santan, dan karat. Ia mempunyai relang lelang-kuning pucat cerah di bahagian belakang lehernya dan jalur putih-kuning pucat sempit di bawah tekaknya. Sayapnya hitam keperangan dengan jalur lelang-kuning pucat. Dadanya kelabu keperangan dan perutnya sawo matang dengan sorot perang gelap. Hujung dua bulu ekor paling luarnya mempunyai banyak putih pada jantan dan sedikit kuning pucat pada betina.[3]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Subspesies penama membiak dari tenggara Arizona dan barat daya New Meksiko ke selatan melalui tengah Meksiko ke Morelos; ia berhijrah dari kawasan tersebut pada musim sejuk. Ia ialah penetap sepanjang tahun di barat Meksiko dari selatan Sonora ke Ciapas. A. r. troglodytes ialah penetap sepanjang tahun di Guatemala, Honduras, dan mungkin Nikaragua.[3][2] Ia mendiami pelbagai landskap termasuklah gaung dan ngarai yang tumbuh lebat di utara gersang dan semak duri serta hutan pain-oak yang lembap di selatan. Di A.S., ia biasanya ditemui di ketinggian dari 933 hingga 1,400 m (3,100 hingga 4,600 ka). Ia bersarang serendah aras laut dan setinggi 3,000 m (9,800 ka) di Meksiko, dan di Honduras ditemui dari 900 hingga 1,650 m (3,000 hingga 5,400 ka).[3]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Ia paling giat pada waktu subuh dan senja tetapi ia juga bersifat malaman. Pada siang hari, ia bertengger di tanah di bawah tumbuh-tumbuhan rendah, biasanya di tanah curam dengan kepalanya menghala ke bawah bukit.[3]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Ia meramu dengan menerbang dari tenggeran atau tanah ke ketinggian 10 m (33 ka) dan kembali ke tempat sama. Ia memburu dari senja hingga ke malam dan sekali lagi menjelang subuh. Pemakanannya ialah serangga terbang malaman, namun belum diperincikan.[3]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Musim pembiakannya belum ditentukan sepenuhnya tetapi termasuk sekurang-kurangnya April hingga Jun. Dua biji telur sesangkak ditelurkan terus ke atas tanah tanpa sarang, walaupun batu yang lebih besar mungkin ditolak ke tepi. Ia biasanya berada di tempat redup. Terdapat sekurang-kurangnya satu pemerhatian seekor dewasa memberikan paparan sayap patah, nampaknya untuk mengalih perhatian dua pejalankaki ngarai dari sarangnya.[3]
Vokalisasi
[sunting | sunting sumber]Seruan jantannya ialah "tubian nada cuk yang semakin meningkat dan memecut yang berakhir dengan cuk-a-ceea yang jatuh secara tiba-tiba pada penghujungnya." Kedua-dua jantina membuat seruan "cak"; jantan membuat seruan "quirr". Ia biasanya menyanyi paling banyak pada waktu subuh dan senja tetapi akan berterusan secara berselang-seli sepanjang malam. Ia menyanyi setiap malam antara pertengahan Mei dan awal Ogos dan jarang sekali sepanjang tahun selebihnya.[3]
Status
[sunting | sunting sumber]IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang sangat besar dan anggaran populasi 2,000,000, namun jumlahnya dipercayai semakin berkurang. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1] Terdapat potensi kehilangan habitat di Meksiko; hampir semua julat kecilnya di A.S. dilindungi daripada ancaman tersebut.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2020). "Buff-collared Nightjar Antrostomus ridgwayi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 16 October 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada 14 July 2021.
- ^ a b c d e f g h i j Bowers Jr., R. K. and J. B., Jr. Dunning (2020).