Pergi ke kandungan

Aleksandar Mitrović

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aleksandar Mitrović
Maklumat peribadi
Nama penuh Aleksandar Mitrović
Tarikh lahir (1994-09-16) 16 September 1994 (umur 30)
Tempat lahir Smederevo, FR Yugoslavia
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fulham
Nombor 9
Kerjaya remaja
2005–2011 Partizan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Teleoptik 25 (7)
2012–2013 Partizan 28 (13)
2013–2015 Anderlecht 69 (36)
2015–2018 Newcastle United 65 (14)
2018Fulham (loan) 17 (12)
2018– Fulham 43 (16)
Pasukan kebangsaan
2013– Serbia 50 (26)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2019

Aleksandar Mitrović (Cyrilic Serbia: Александар Митровић; lahir 16 September 1994) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Inggeris, Fulham dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi penyerang.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Mitrovic telah dilahirkan di Smederevo, Mitrović kemudian ke Partizan pada usia 11 tahun dan mengikuti kelab remaja bersama Partizan. Beliau telah membuat debut bersama pasukan senior Partizan ketika menentang Teleoptik dalam musim 2011–12, dengan menjaringkan tujuh gol dalam 25 perlawanan.

Pada 27 Jun 2012, Mitrović bersama dua rakan di Teleoptik menandatangani kontrak profesional bersama Partizan selama empat tahun.[1] Beliau membuat debut rasmi untuk Partizan dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Malta, Valletta. Beliau telah menjaringkan gol pertamanya sembilan minit selepas memasuki padang sebagai pemain gantian.[2] Pada 26 Ogos 2013, beliau menjaringkan gol liga pertamanya di Liga Super Serbia] ketika menentang Jagodina. Pada 17 November 2012, Mitrović menjaringkan gol pembukaan buat pertama kali dalam "derby Eternal", di mana Partizan tewas 3-2. Dalam penghujung musim debutnya untuk Partizan, Mitrović menjadi penjaring terbanyak Partizan dalam semua kejohanan dengan 15 gol dalam 36 penampilan.[3] Beliau juga telah dimasukkan dalam pilihan "Pasukan Liga Super Jelen", yang merujuk kepada beberapa pemain yang melakukan aksi terbaik, temasuk ke dalam pasukan itu.[4] Portal sukan Serbia, Mozzart Sport telah menilai Mitrović tempat ke-3 daripada 25 pemain terbaik liga kebangsaan pada musim itu.[5]

Anderlecht

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2013, selepas ditimpa banyak spekulasi, laman web rasmi Partizan mengatakan Mitrović telah dijual ke Anderlecht dan beliau akan menyertai kelab Belgium itu pada 30 Ogos 2013, di bawah permintaan pemain dan keluarganya.[6] Bayaran pemindahan itu sebanyak €5 juta,[7] di mana pemindahan itu dicatatkan bahawa bayaran paling mahal dalam rekod Anderlecht. Pada 1 September 2013, Mitrović melakukan dua hantaran dalam debut untuk Anderlecht selepas memasuki padang sebagai pemain gantian menentang Zulte Waregem dalam perlawanan liga.

Pada 5 November 2014, Mitrovic menyelamatkan Anderlecht daripada kekalahan apabila sempat menjaringkan gol pada masa kecederaan, dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Arsenal. Anderlecht bangkit daripada ketinggalan 3-0, dan keputusan perlawanan itu seri, 3-3. [8]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Mitrović telah dipanggil buat pertama kali untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia oleh jurulatih Siniša Mihajlović untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Belgium.[9] Beliau bermain selama 69 minit dalam perlawanan debutnya dan menerima kad kuning selepas menerjah kaki Axel Witsel, sebelum digantikan oleh Marko Šćepović.[10] Mitrović telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-19 Serbia, Ljubinko Drulović untuk dua perlawanan kelayakna kejohanan bawah-19 UEFA 2013.[11] Mitrović merupakan sebahagian daripada skuad Serbia ke Lithuania untuk perlawanan akhir, di mana beliau menjadi pemain utama Serbia yang memenangi kejohanan bawah-19 buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Serbia. Beliau telah menjaringkan satu gol dan dua hantaran sepanjang kejohanan itu.[12] Mitrović juga dinamakan sebagai "Pasukan Terbaik Kejohanan", merujuk kepada aksi beliau yang terbaik.[13]

Pada 6 September 2013, Mitrović menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika seri 1–1 menentang Croatia.[14]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2013 3 1
2014 7 0
Jumlal 10 1

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 6 September 2013 Stadium Red Star, Belgrade  Croatia 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 22 November 2014
Club statistics
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Teleoptik 2011–12 Liga Pertama Serbia 25 7 1 0 26 7
Partizan 2012–13 Liga Super Serbia 25 10 2 2 9 3 36 15
2013–14 Liga Super Serbia 3 3 0 0 3 0 6 3
Jumlah 53 20 3 2 12 3 68 25
Anderlecht 2013–14 Liga Pro Belgium 32 16 1 0 6 0 0 0 39 16
Anderlecht 2014–15 Liga Pro Belgium 17 8 1 2 3 1 1 1 22 12
Jumlah kerjaya 102 44 5 4 21 4 1 1 129 53

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Partizan
Anderlecht
Serbia B19
Individu
  1. ^ "Mlade snage nadolaze" (dalam bahasa Serbian). partizan.rs. 27 June 2012. Dicapai pada 30 August 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Partizan ease past Valletta". uefa.com. 24 July 2012. Dicapai pada 30 August 2012.
  3. ^ "Mitrović: Nadam se ostanku u Partizanu, većoj minutaži i trofeju najboljeg strelca" (dalam bahasa Serbian). mozzartsport.com. 27 May 2013. Dicapai pada 31 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Idealnih 11 Superlige: Partizan pet, Voša tri, Zvezda, Hajduk i Srem po jednog predstavnika! (VIDEO)" (dalam bahasa Serbian). mozzartsport.com. 27 May 2013. Dicapai pada 31 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "TOP 25 najboljih fudbalera Superlige u izboru MOZZART Sporta (VIDEO)" (dalam bahasa Serbian). mozzartsport.com. 2 June 2013. Dicapai pada 5 June 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Saopštenje FK Partizan" (dalam bahasa Serbian). partizan.rs. 12 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-08. Dicapai pada 15 November 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Saopštenje FK Partizan" (dalam bahasa Serbian). partizan.rs. 13 August 2013. Dicapai pada 17 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Arsenal throw away three-goal lead against Anderlecht". theguardian.com. 5 November 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
  9. ^ "Miha objavio spisak, samo Mitrović debitant" (dalam bahasa Serbian). sportske.net. 31 May 2013. Dicapai pada 31 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ БЕЗ СРБИЈЕ НА СП: Пораз Орлова у Белгији (dalam bahasa Serbian). zurnal.rs. 7 June 2013. Dicapai pada 8 June 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Друловић одредио коначан списак за Елитну рунду (ВИДЕО) (dalam bahasa Serbian). fss.rs. 5 June 2013. Dicapai pada 8 June 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Luković strike seals first Serbia triumph". uefa.com. 1 August 2013. Dicapai pada 2 August 2013.
  13. ^ "2013: Aleksandar Mitrović". uefa.com. 8 August 2013. Dicapai pada 1 December 2013.
  14. ^ Србија - Хрватска 1:1 (0:0) (dalam bahasa Serbian). fss.rs. 6 September 2013. Dicapai pada 7 September 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)