Alcazar of Jerez de la Frontera
Penampilan
(Dilencongkan daripada Alcazar of Jerez)
Alcázar of Jerez de la Frontera | |
---|---|
Nama asal Sepanyol: Alcázar de Jerez de la Frontera | |
Lokasi | Jerez de la Frontera, Sepanyol |
Koordinat | 36°40′49″N 6°08′23″W / 36.680343°N 6.139732°WKoordinat: 36°40′49″N 6°08′23″W / 36.680343°N 6.139732°W |
Nama rasmi: Alcázar de Jerez de la Frontera | |
Jenis | Kekal |
Kriteria | Tanda peringatan |
Direka bentuk pada | 1931[1] |
No. Rujukan | RI-51-0000494 |
Alcazar of Jerez de la Frontera merupakan bekas kubu orang Moor, kini menempatkan taman, di Jerez de la Frontera, Andalusia, Sepanyol. Ia diistiharkan sebagai Bien de Interés Cultural pada tahun 1931.[1]
Kubu pertama kemungkinannya di bina pada kurun ke-11, ketika Jerez merupakan sebahagian dari kerajaan kecil taifa di Arcos de la Frontera, di tapak yang diduduki sejak zaman prasejarah lagi di bucu tenggara bandar. Pada kurun ke-12, struktur baru dibina untuk dijadikan sebagai penempatan dan benteng oleh pemerintah Almohad di selatan Sepanyol. Kemudian, selepas Reconquista ke atas Andalusia, ia merupakan kerusi datuk bandar Kristian pertama.
Ciri-ciri termasuk:
- Garis berbentuk empat dinding, dengan perimeter c. 4,000 m
- Menara Oktagon, dalam gaya senibina Almohad
- Menara Ponce de León (abad ke-14), yang bersambung dengan pusat benteng
- Masjid, satu-satunya baki dari lapan belas yang pernah wujud di bandar tersebut. Selepas penaklukan Kristian keatas benteng tersebut pada tahun 1255, ia telah ditukar menjadi sebuah gereja khusus untuk Virgin Mary oleh raja Alfonso X of Castile. Menara itu, masih wujud, telah bertukar menjadi sebuah menara loceng. Dewan sembahyang, didahului dengan sebuah bilik kecil untuk mengambil wuduk, mempunyai mihrab, yang menunjukkan arah Mekah dan ruang rusuk dengan tingkap bulat di bahagian atas.
- Istana Patio de Doña Blanca, struktur Islam bertarikh pada abad ke-12, pada asalnya pavilion riadah
- Tempat mandi. Ia termasuk ruang masuk untuk menukar baju, yang membawa kepada bilik sejuk dan suam, yang kedua merupakan yang terbesar dalam komplek tersebut. Bilik terakhir adalah bilik panas, dengan sistem pemanasan yang masih kelihatan sebahagiannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- __ (1997). Monumentos de la Provincia de Cádiz.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Alcazar of Jerez de la Frontera |