Pergi ke kandungan

Kata adjektif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Adjektif)

Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Jenis jenis kata adjektif

[sunting | sunting sumber]

Kata adjektif terbahagi kepada 8 subgolongan:

Ia menerangkan sifat atau keadaan sesuatu atau seseorang.

contoh: baru, baik, berani, lemah, kukuh, kemas, cantik, kuat, bijak, bengap.

Contoh ayat : Rayyan sangat bengap di dalam kelas

Contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning, biru, hijau

Contoh ayat : Mustaqim tidak menyukai warna jingga.

Contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, kecil, lebar, ramai, cetek

Contoh :siang,malam,pagi,petang

Contoh: dekat, hampir, jauh, nyaris, rapat

Contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah, sering

Pancaindera

[sunting | sunting sumber]

Contoh:

  • rasa: sedap, lazat, manis, pedas, payau, masam, masin
  • pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan, kacak
  • dengar: bising, sunyi, senyap
  • bau: busuk, wangi, hangit, hapak, hamis, hanyir
  • sentuh: kesat, kasar, lembap, halus, licin

Contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira, geram, sedih

Pangkat-pangkat adjektif

[sunting | sunting sumber]

Pangkat-pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

[sunting | sunting sumber]

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

  • Baju ini cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.
  • Ali lebih tua daripada ketuanya.
  • Jakarta lebih ramai penduduk daripada Kuala Lumpur.
  • Busu kurus, kurus lagi Bujang.
  • Aminah tidak secerdas kakaknya. [Nota: Perbandingan menggunakan tidak se(kata adjektif) bermaksud "kurang {kata sifat} daripada"]

Pangkat menyangat

[sunting | sunting sumber]

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, terlalu, benar-benar dan sebagainya. Contoh:

  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

[sunting | sunting sumber]

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

  • Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
  • Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
  • Orang yang sehabis-habis kaya di dunia pun akan menemui maut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]