Enggang dahan
Enggang dahan | |
---|---|
Jantan dewasa | |
Betina dewasa | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Aceros Gray, 1844 |
Spesies: | A. nipalensis
|
Nama binomial | |
Aceros nipalensis |
Enggang dahan (Aceros nipalensis) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di Bhutan, timur laut India, terutamanya di Arunachal Pradesh, Subbenua India, dan Asia Tenggara. Ia telah pupus secara tempatan di Nepal kerana pemburuan dan kehilangan habitat yang ketara.[1] Terdapat kurang daripada 10,000 ekor dewasa yang tinggal di alam liar.[3] Dengan panjang kira-kira 117 cm (46 in),[3] ia adalah antara enggang yang terbesar di dunia. Bahagian bawah, leher, dan kepalanya ialah karat pekat pada jantan, tetapi hitam pada betina.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama binomial awalnya, Buceros nipalensis, dicipta oleh Brian Houghton Hodgson pada tahun 1829 yang memerihalkan beberapa enggang dahan ditangkap oleh pemburu di hutan sal di Nepal.[2] Ia disusunkan dalam genus Aceros oleh John Edward Gray pada tahun 1844.[4]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Kepala, leher, dan badan bawah jantannya karat, dengan warna yang lebih pekat pada lambung dan perut. Bulu primer tengah dan bahagian separuh bawah ekornya berhujung putih. Buluan selebihnya hijau gelap dan hitam berkilat. Bulu susup ekor bawahnya berangan bercampur hitam.[5] Betinanya hitam, kecuali pada bahagian hujung ekornya dan hujung bulu primer tengah, yang berwarna putih. Juvenilnya mirip dewasa yang sama jantina, tetapi tiada ringgit di pangkal paruh atas. Paruhnya tiada cula sebenar tetapi menebal di pangkalnya. Ia mempunyai beberapa ringgit gelap pada paruh atas yang tidak terdapat pada anak muda dan bertambah bilangannya dengan umur sehingga kira-kira tujuh baris. Komisur paruhnya patah pada kedua-dua jantina.[5]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Ia mempunyai taburan paling utara dari India Timur Laut, Bhutan tengah hingga ke barat Thailand dan barat laut Vietnam. Ia meliputi kawasan seluas 1,163,811 km2 (449,350 bt2), yang mana 825,837 km2 (318,857 bt2) berhutan. Dalam kawasan tersebut, ia tinggal di 90 kawasan perlindungan yang terdiri daripada 54,955 km2 (21,218 bt2) hutan dilindungi tetapi hanya termasuk 7% daripada habitat enggang yang optimum.[6] Santuari Hidupan Liar Mahananda di Bengal Barat mewakili had paling baratnya; ia juga telah dirakamkan di Rizab Harimau Buxa, Taman Negara Manas, Santuari Hidupan Liar Eaglenest, Santuari Orkid Sessa, Santuari Hidupan Liar Kamlang, Taman Negara Namdapha[7], dan Rizab Harimau Pakke.[8]
Ia kebanyakannya mendiami hutan berbukit dan beringgit, terutamanya hutan berdaun lebar sederhana dan campuran pada ketinggian 150–2,200 m (490–7,220 ka),[1] Ia juga telah dirakamkan di dalam hutan kering.[3]
Tingkah laku dan ekologi
[sunting | sunting sumber]Tempoh bersarang adalah dari Mac hingga Jun, pokok pilihan adalah tinggi dan mempunyai lilitan yang luas. Komuniti enggang tersebut bergerak antara satu hutan ke hutan yang lain bergantung pada musim untuk meramu daripada pokok berbuah yang berubah mengikut keadaan setempat.[3] Memerihalkan telur, Hume (1889) menyatakan:[9]
- Telurnya bujur lebar, agak dimampatkan pada satu hujung, supaya menjadi sedikit piriform. Cangkerangnya kuat dan tebal, tetapi kasar dan tidak berkilat sepenuhnya, di mana-mana berlubang dengan liang kecil. Dalam kewarnaan, ia ialah putih sangat kotor, dengan kekuningan pucat kotor, dan di mana-mana berpercikan samar-samar, apabila diperiksa dengan teliti, dengan bintik-bintik putih yang lebih murni, disebabkan oleh kotoran yang tidak turun ke bahagian bawah liang-liang. Ia berukuran 2-25 kali 1'75 (inci).
Pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Sudah disenaraikan dalam Lampiran I CITES, spesies tersebut Terjejas tetapi terdapat di beberapa kawasan perlindungan di India, China, Thailand, dan Bhutan.[3] Disebabkan oleh peningkatan maklumat yang datang tentang julat dan takatnya, telah dicadangkan bahawa enggang dahan dituruntarafkan daripada status IUCN "Terjejas" kepada "Hampir Terancam".[6]
Inisiatif terbaru oleh Wildlife Trust of India, Jabatan Hutan Arunachal Pradesh, dan rakyat lain untuk memulihara enggang, yang turut menyasarkan enggang dahan, ialah Program Adopsi Sarang Enggang, dan program untuk menggantikan penggunaan paruh tulen dengan replika buatan serat.[8][10]
Dalam budaya
[sunting | sunting sumber]Ia disebut dalam kesusasteraan bahasa Sanskrit di bawah epitet vārdhrīnasa, istilah yang kadang-kadang juga telah digunakan untuk merujuk kepada ahli Bucerotidae yang lain.[11]
Di Arunachal Pradesh, ia telah diburu oleh puak-puak peribumi untuk mendapatkan bulu dan paruhnya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d BirdLife International (2020). "Aceros nipalensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22682510A176267243. Dicapai pada 26 January 2022. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Hodgson, B. H. (1833). "On a new species of Buceros". Asiatic Researches. 18 (2): 178–186. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Hodgson" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e BirdLife Species Factsheet
- ^ Gray, J.E. (1844). "Catalogue of Nipalese Birds, collected between 1824 and 1844 by B.H. Hodgson, Esq.". The Zoological Miscellany. London: Treuttel, Wurtz and Co. m/s. 81–86.
- ^ a b Blanford, W. T.; Oates, E. W. (1889–98). The fauna of British India, including Ceylon and Burma. Birds. 3. London: Taylor and Francis. m/s. 149–150. doi:10.5962/bhl.title.8366. Dicapai pada 4 April 2012.
- ^ a b Kinnaird, M. & O'Brien, T. G. (2007). The Ecology and Conservation of Asian Hornbills: Farmers of the Forest. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-43712-5.
- ^ Ghose, D.; Lobo, P.; Ghose, N. (2006). "A record of the Rufous-necked Hornbill Aceros nipalensis from West Bengal, India" (PDF). Indian Birds. 2 (2): 37–38.
- ^ a b PTI (2012). "Artificial beaks save hornbills from extinction in Arunachal". Firstpost. Dicapai pada 2012-04-04.
- ^ Hume, Allan Octavian (1889–1890). Oates, Eugene William (penyunting). The nests and eggs of Indian birds, volume III. 3 (ed. Second). London: R. H. Porter. m/s. 77–79. doi:10.5962/bhl.title.17497. Dicapai pada 4 April 2012.
- ^ WTI staff (7 May 2004). "This beak does not bite". Wildlife Trust of India - News. Wildlife Trust of India. Dicapai pada 14 April 2012.
- ^ Dave, K. N. (2005). Birds in Sanskrit literature. Motilal Banarsidass. m/s. 510. ISBN 978-81-208-1842-2.