Abd al-Rahman al-Sufi
Abd-al Rahman al-Sufi (903-986 M; juga dikenali sebagai Azophi di dunia Barat) merupakan salah seorang ahli sains Islam.
Al-Sufi merupakan seorang ahli astronomi Parsi (kini Iran) yang juga dikenali sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain.
Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal pada 25 Mei 986. Pemastautin di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi Yunani, terutama Almagest karya Ptolemy.
Sebuah kawah qamari dinamakan sempena nama al-Sufi bagi menghargai jasanya kepada ilmu falak
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Sebagai seorang ahli astronomi terkenal pada Zaman Pertengahan, al-Sufi juga melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan yang menyimpang daripada kerja Ptolemy. Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic[1] yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga pengembaraan Megellan pada abad ke 16[2][3]. Ini merupakan galaksi pertama selain Bima Sakti yang diperhatikan dari Bumi.
Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab berkaitan Astronomi Keyunanian yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan menerangkan bintang, posisi, magnitud dan warna, dan menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj. Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan: satu dari luaran glob cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam, yang dilihat dari Bumi.
Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal Kitab Suwar al kawakib (Kitab Bintang Tetap) pada tahun 964, dan memaparkan hasil kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar. Beliau merupakan orang yang pertama yang membuat catatan tentang Galaksi Andromeda (buruj). Dalam keterangan dan gambar tentang Andromeda beliau memasukkan sebuah "awan kecil" yang sebenarnya Galaksi Andromeda M31. Beliau menggambarkan M31 seperti berada di dalam mulut Ikan Besar, sebuah buruj Arab dan "awan" berkenaan telah dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.
Al-Sufi juga menulis tentang astrolab dan mencari beberapa kegunaannya: beliau memerikan lebih daripada 1,000 kegunaan alat tersebut, dalam pelbagai bidang seperti ilmu falak pandu arah, pemetaan, mengira masa, Kiblat, Solat, dan lain-lain.[4]
Dalam bukunya, beliau juga menerangkan gugusan Omicron Velorun IC 2391 sebagai "bintang kabur" di Vulpecula, satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Gugusan Al-Sufi atau Gugusan Brocchi atau Collinder 399.
Beliau juga menggambarkan Awan Megellan sebagai Al-Bakr, lembu jantan putih di selatan Arab yang tidak kelihatan dari Utara Arab kerana latitudnya. Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan dengan cermat mengubah magnitudnya.
Al-Sufi juga menjelaskan bahawa warna Sirms (alpha canes majoris, satu bintang)[5] tidak berubah yang kemudian disahkan melalui pemerhatian. Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841 nampak warna putih selepas warna kuning beberapa hari sebelumnya. Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat lain.
Kerja-kerja al-Sufi tidak diketahui di Eropah. Pada masa penciptaan teleskop, baharulah Nebula Andromeda dapt ditemui Simon Marius pada tahun 1612.
Bukunya Suwar al-kawakib boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup. Ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian.
Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar pula merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi najam.
Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi. Kawah ini mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak pada kordinat 22.1 darjah Selatan 12.7 darjah Timur. Bear dan Madler dalam tugasan yang terkenal Der Mond pada tahun 1837, menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi).
Galeri
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Kepple, George Robert (1998). The Night Sky Observer's Guide, Volume 1. Willmann-Bell, Inc. m/s. 18. ISBN 0-943396-58-1. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "Observatoire de Paris (Abd-al-Rahman Al Sufi)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-16. Dicapai pada 2007-04-19. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Observatoire de Paris (LMC)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-17. Dicapai pada 2007-04-19. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Dr. Emily Winterburn (National Maritime Museum) (2005). "Using an Astrolabe". Foundation for Science Technology and Civilisation. Dicapai pada 2008-01-22.
- ^ http://www.eso.org/gen-fac/pubs/astclim/espas/iran/sufi.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]External links
[sunting | sunting sumber]- Kunitzsch, Paul (2007). "Ṣūfī: Abū al‐Ḥusayn ʿAbd al‐Raḥmān ibn ʿUmar al‐Ṣūfī". Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers. New York: Springer. m/s. 1110. ISBN 978-0-387-31022-0. Explicit use of et al. in:
|editor=
(bantuan) (PDF version) - Kunitzsch, Paul (2008) [1970-80]. "Al-Ṣūfī, Abu'I-Ḥusayn 'Abd Al-Raḥmān Ibn 'Umar Al-Rāzī". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com. External link in
|=
(bantuan) - Biography at SEDS.ORG
- Liber locis stellarum fixarum, 964 da www.atlascoelestis.com
- Liber locis stellarum fixarum, 964, manoscritto del 1417 riprodotto il 1730 da www.atlascoelestis.com
- Ulug Beg in www.atlascoelestis.com
- Al-Sufi's constellations
- Al-Sūfī’s Book of the Constellations of the Fixed Stars and its Influence on Islamic and Western Celestial Cartography