Swietochlowice
| |||
'Cogan kata: ''''' | |||
[[]] | |||
Bandar terbesar | |||
Penubuhan | 1313 | ||
Datuk bandar | Dniel Beger | ||
Keluasan: | 13.22 km² km2 | ||
Penduduk: Kepadatan: |
56,000 4,236/km2 | ||
Bahasa rasmi | |||
Bahasa lain | |||
Lagu kebangsaan | ' | ||
Agama rasmi | |||
Agama lain | |||
Mata wang | Złoty | ||
Zon waktu | UTCCET (UTC+1) CEST (UTC+2) | ||
Domain | .pl (juga .eu sebagai sebahagian Kesatuan Eropah) | ||
Kod panggilan | 32 | ||
Bandar kembar: Heiloo (Netherlands), Nový Jičín (Republik Czech), Laa an der Thaya (Austria), Tiszaújváros (Hungary), Rimavská Sobota (Slovakia) |
Świętochłowice (sebutan: [ˌɕvjɔ̃tɔxwɔˈviʦɛ]) ialah sebuah bandar di Poland Selatan dengan bilangan penduduk sebanyak 55,500 (2005). Terletak di dalam negeri feudal Katowice antara tahun 1975 dan 1998, bandar ini terletak di dalam negeri feudal Slask sejak 1999.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kem buruh paksa Zgoda merupakan salah satu daripada kem tahanan Auschwitz Jerman yang dibuka di Swietochlowice pada tahun 1943. Sejak Januari 1945, kem itu dibuka semula dan penggunaannya diteruskan oleh Poland Komunis sehingga November. Dalam tempoh beberapa bulan itu, hampir 2,500 orang banduan mati di dalam kem itu.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Swietochlowice yang terletak di bahagian selatan Penara Silesia bersempadan dengan:
- Bytom di utara;
- Ruda Śląska di barat dan barat daya; dan
- Chorzów di timur dan tenggara.
Bilangan penduduk
[sunting | sunting sumber]55,527 orang penduduk tinggal di Swietochlowice. Bandar raya itu mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di Poland dan merupakan salah satu bandar raya yang paling padat di Eropah. Pada puratanya, sebanyak 4,200 orang tinggal di dalam kawasan satu kilometer persegi.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Swietochlowice terletak di zon iklim Silesia-Cracovia. Jumlah kerpasannya setiap tahun ialah 700 milimeter. Kerpasan yang terbesar adalah dalam bulan Julai, sedangkan yang terkecil adalah dalam bulan Februari. Amplitud suhu tahunan biasanya di lingkungan 7 °C. Suhu pada bulan Januari ialah lebih kurang -2.5 °C, sedangkan suhu pada bulan Julai ialah 18 °C.
Tanih
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan tanih Swietochlowice terdiri daripada tanih paya.
Kawasan kejiranan
[sunting | sunting sumber]Terdapat lima kawasan kejiranan Swietochlowice:
Sukan
[sunting | sunting sumber]Sukan yang terpopular di Swietochlowice ialah perlumbaan motosikal. Stadium Skalka terletak di Piasniki.
Kelab sukan
[sunting | sunting sumber]- Slask Swietochlowice - bola sepak, perlumbaan motosikal
- Naprzod Lipiny - bola sepak
- Czarni Swietochlowice - bola sepak
Ahli sukan dalam Sukan Olimpik
[sunting | sunting sumber]- 1928: Amsterdam
- Bola sepak: Teodor Peterek
- Gimnastik: Pawel Galus, Franiciszek Pampuch, Teofil Rost, Franciszek Tajstra
- 1936: Berlin
- Bola sepak: Hubert Gad, Ryszard Piec, Teodor Peterek
- Gimnastik: Klara Sieronska-Kostrzewa
- 1976: Montreal
- Bermain pedang: Barbara Wysoczańska
- Angkat berat: Leszek Skorupa
Politik
[sunting | sunting sumber]President Swietochlowice ialah Daniel Beger. Beliau dipilih pada tahun 2018.
Tokoh-tokoh Swietochlowice
[sunting | sunting sumber]- Wiktor Balcarek: pemain catur
- Ewald Cebula: pemain bola sepak
- Krzysztof Hanke: pelakon satira
- Emanuel Konstanty Imiela - pemuisi
- Błażej Koniusz: pemain tenis, pemenang Kejohanan Australia Terbuka Sekolah Rendah 2006
- Teodor Kubina: biskop Czestochowa yang pertama
- Salomon Morel: komandan kem buruh paksa Zgoda
- Eugeniusz Moś: ahli politik, dan presiden bandar raya
- Teodor Peterek: pemain bola sepak
- Leopold Raabe: mubaligh paderi Kristian
- Leszek Skorupa: pengangkat berat
- Jerzy Stroba: ketua biskop
- Augustyn Świder: pemuisi
- Paweł Waloszek: pelumba motosikal
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Silesian Voivodship | |
---|---|
Bandar raya:
Bielsko-Biala |
Bytom |
Chorzow |
Czestochowa |
Dabrowa Gornicza |
Gliwice |
Jastrzebie Zdroj |
Jaworzno |
Katowice |
Myslowice |
Piekary Slaskie |
Ruda Slaska |
Rybnik |
Siemianowice Slaskie |
Sosnowiec |
Swietochlowice |
Tychy |
Zabrze |
Zory |