Abd Manaf bin Qusai
Abd Manâf bin Qusai (Bahasa Arab: عبد مناف بن قصي) atau Abd Manaf ialah pengasas kepada Bani 'Abd Manâf. Ayahdanya ialah Qusai bin Kilab. Nama asal Abd Manaf ialah Mughirah juga bergelar Qamar al-Bathha (bulan Bathha). Menurut riwayat, beliau merupakan seorang yang sangat soleh, suka mengajak orang kepada kebajikan, bijak, peramah dan memelihara hubungan yang sangat baik dengan kaum kerabatnya. Nama Abd Manaf sendiri sebenarnya bererti hamba kepada Manaf, iaitu salah satu dari dewa-dewa yang menjadi sembahan masyarakat Arab jahilliyah kuno sebelum kedatangan Islam.
Walaupun sangat terhormat di kalangan masyarakatnya, beliau tidak pernah melebih-lebihkan kekandanya Abd al-Dâr dalam urusan jawatan yang berhubungan dengan Kaabah.[1]
Salasilah keluarga
[sunting | sunting sumber]Qusai(lahir 400) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Abd al-Dâr | Abd Manaf bin Qusai | 'Abd | 'Abdul-'Uzza | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Muththalib | Hâsyim | 'Abdusysyams | Naufal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berdasarkan salasilah di atas dapatlah diketahui bahawa 'Abdul Manâf memiliki 4 orang anak, iaitu:
- Hâsyim — yang menurunkan Bani Hâsyim,
- 'Abdusysyams — yang menurunkan Bani Abdul Syams,
- Muththalib — yang menurunkan Bani Muththalib,
- Naufal — yang menurunkan Bani Naufal.
Tiga orang pertama merupakan saudara kandung, sedangkan Naufal merupakan saudara berlainan ibu.[2]
Salah satu peristiwa unik tentang keturunan 'Abd al-Manâf, yang timbul dalam perbalahan dalam tragedi peperangan dan dari sumber Kesusasetraan Arab, ialah mereka semua meninggal dunia di tempat-tempat yang berlainan: Hâsyim meninggal dunia di Gaza, Palestin; 'Abdul Syams di Makkah; Muththalib di Yaman; dan Naufal di Iraq.[1]
Anak Kembar
[sunting | sunting sumber]Hâsyim dan 'Abdul Syams merupakan saudara kembar. Diriwayatkan oleh para sejarawan bahawa pada saat kelahiran Hâsyim dan 'Abdul Syams, satu jari Hâsyim telah tertusuk ke dahi 'Abdul Syams. Darah mengalir deras ketika mereka dipisahkan, dan orang-orang menganggap kejadian ini sebagai pertanda buruk.[1]
Hal ini dapat dilihat dari kenyataan sejarah, dimana Bani Hâsyim, yang menurunkan Ali dan Bani 'Abdusysyams yang menurunkan Bani Umayyah, melalui Muawiyah dimana kemudian terjadinya Pertempuran Siffin. Selain itu perang yang terus menerus antara Bani Abbasiyah — keturunan Bani Hâsyim — dan Bani Umayyah.
Perebutan Kepemimpinan
[sunting | sunting sumber]'Abdul Manâf amat mematuhi keinginan ayahdanya —Qusai bin Kilab— untuk memilih abangnya —'Abd-ad-Dâr— sebagai pemimpin kota Makkah dan penjaga Kaabah. Tetapi, pada generasi berikutnya, separuh dari kaum Quraisy berdiri di belakang putera 'Abdul Manâf, iaitu Hâsyim, lelaki yang paling terkemuka pada saat itu, dan menuntut agar pemerintahan dialihkan dari Bani 'Abd-ad-Dâr ke Bani 'Abdul Manâf. Mereka yang mendukung Hâsyim dan saudara-saudaranya itu adalah dari Bani Zuhrah, Bani Taim dan seluruh keturunan anak Qusai bin Kilab selain keturunan dari anak pertama. Namun terdapat segelintir bani Arab kecil seperti Bani Makhzum dan sepupu yang lebih jauh menerima pemerintahan Bani 'Abduddâr.[2]
Akhirnya kekuasaan tersebut telah diberi kepada Bani 'Abdul Manâf yang dipimpin oleh Hâsyim, namun perjanjian telah termeterai antara kedua-dua Bani dimana keturunan 'Abduddâr iaitu Bani 'Abduddâr berhak memegang kunci Kaabah dan hak-hak mereka yang lain, dan tempat tinggal mereka harus diteruskan fungsinya sebagai Darul Nadwah atau Rumah Majlis. Sedangkan Bani 'Abdul Manâf pula berhak menetapkan pajak serta menyediakan makanan dan minuman bagi para jamaah Haji. [2]